Ini ada beberapa keping gambar Custom Afiq


Lepas Afiq dilahirkan Afiq ditempatkan di wad kanak-kanak sebab kuning.Seminggu gak la papa berulang alik dari Bertam ke Seberang Jaya. Macam macam dah kami cuba untuk kurangkan kuning Afiq.Akhirnya turun ke 11 dan dibenarkan pulang ke rumah.Lepas singgah di Bertam.Tok Ani dan Paksu Aiman membawa mama dan Afiq pulang ke Jitra.(rumah Tok Ani )
gambar Afiq masa kena Demam kuning di Hospital Seberang Jaya

Nyenyaknya tidoq anak papa nier. Macam nier la Afiq most of the time. kalau demam kuning nier memang la tidoq banyak. Afiq hanya bangun untuk susunya saja. Dia tak kacau kalau tidoq tapi bila dia lapaq susu mula la kelam kabut. bukan mak dia yang kelam kabut dia yang kelam kabut kalau permintaannya lambat. Klau dia tengah minum susu tercabut mulala kelam kabut lagi . Hahahah Afiq2 cian kat mama.
Gambar nier ditangkap semasa Afiq mengeliat. Papa edit bagi jadi artistik sikit.ok la tue …papa pun tak pandai edit lagi. Masa nier Afiq masih demam kuning lagi … cian aFiq asyik masuk keluar hospital ja.habis gak cuti papa dok ulang alik ke hospital. Macam macam cara dah guna untuk bagi kurang demam kuning afiq tapi tak berjaya. berdoalah kepada tuhan agar Afiq cepat sembuh . Amin …
Susahnya papa dan mama nak cari nama yang mula dengan Az . Setelah bincang dengan mama , papa mengambil nama yang dicadangkan oleh Tok Afiq, Nama yang dicadangkan Afiq Aiman Hasif.Panjangkan …Itu lah yang menjadi isu kerana mempunyai 3 suku kata. Ada antara ahli keluarga yang tak gemar menggunakan nama nier ….sebab panjang sangat ..jadi kami cuma untuk menamakan cuma Afiq Hasif tapi dengar macam tak sedap ja ….Jadi kami kuatkan nama nier dengan meletakkan aiman ditengah-tengah.Dan pada hari jumaat papa mendaftarkan Afiq Dengan Nama Afiq Aiman Hasif
Afiq bermaksud-yang pemurah, yang amat berpengetahuan
Aiman bermaksud-keberkatan,kedudukan yang baik, kekuatan,yang bertuah ,yang kanan
Hasif bermaksud yang bijak,yang pintar,yang baik budibicara

Pada pagi 18 haribulan Januari anakku dilahirkan…Alhamdulillah ….syukur kepada tuhan aku dikurniakan seorang putera yang comel dan sempurna….Alhamdulillah….Syukur kepada Allah s.w.t ….